Saya Tau Siapa Diri Saya,, Janda... Anak Dua... Tapi Korang Tak Boleh La Kata Cek....

07:00 hb 0 Comments



.....$%^Sebelum ini, pelakon wanita popular, Rita Rudaini sering kali turun naik mahkamah untuk menyelesaikan masalahnya dengan bekas suami, Aidil Zafuan. – Kelantangannya untuk mempertahankan haknya itu telah membuat orang sekeliling kurang senang dengan tindakan tersebut. Ada sesetengah pihak menyatakan yang Rita hanya menabur cerita, terlalu lantang dan macam- macam lagi. Bagi dirinya, dia hanya ingin mempertahankan haknya dan anak-anak dan juga memperjuangkan masa depan anaknya. Malah, dia tidak kisah dengan tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya itu.^&*......





....Kesayangan Rita Rudaini, Ryan dan Arjuna.....

....#%“Sebelum ini saya lebih banyak berdiam diri dan menangis. Namun, selepas pelbagai perkara berlaku dalam rumah tangga dan kehidupan, saya menjadi lebih berani untuk bercakap perkara yang benar. Saya tidak mahu menjadi hipokrit untuk ‘berlakon’ semuanya okey ketika ditemu bual pihak media, sedangkan tengah sakit hati.”^&...

....@#“Tidak kisahlah jika orang tidak suka atau melabel saya wanita mulut jahat. Sebabnya saya cakap benda yang benar-benar berlaku dalam kehidupan sendiri. Saya tidak pernah kacau atau maki orang lain. Sebelum ini saya sembunyi kahwin, orang keji juga. Jadi, lebih baik saya pilih berkata apa yang betul dan tidak hipokrit.”^^......

....^&“Ada orang minta saya berhenti bercakap dengan pihak media. Masalahnya orang di luar sana tidak faham, bukan saya yang mencari media, tetapi sebaliknya. Kerja saya sebagai pelakon sering bertemu dengan pihak media. Apabila disoal saya akan beri kerjasama. Saya terima hakikat kisah peribadi lebih banyak diperkatakan kerana realitinya kes rumah tangga masih belum berkesudahan.”^&....




.....@$#Beliau juga mengatakan bahawa dia berasa terkilan kerana sekarang ini Aidil tidak lagi datang menjenguk anak-anaknya selepas berkahwin semula. “Memang ada usaha untuk rapatkan hubungan Aidil dan anak-anak terutama yang bongsu langsung tidak kenal siapa bapanya. Sebelum dia berkahwin baru, ada juga datang jenguk anak-anak. Namun, sudah lama dia tidak jenguk anak atau hubungi menerusi telefon. Saya lakukan apa yang termampu sahajalah, jika dia yang tidak mahu, tidak apalah.”^&....

0 comments: