Saya Tertekan.. Tolonglah...
....#%^#Gara-gara pelakon Zarina Zainuddin tidak pernah memuat naik gambar bersama suami di instagramnya, ramai yang menyangka dia telah bercerai dengan suaminya itu.Malah ada yang menyangka beliau telah bercerai dan sekarang ini berstatus seorang janda. Disebakan itu, ada beberapa lelaki yang cuba untuk mendekati dan berkenalan dengannya. Sebagai membuktikan bahawa rumah tangganya masih lagi terbina kukuh selama 22 tahun ini, dia telah memuat naik satu gambar di instagramnya bersama suami. Beliau juga menjelaskan bahawa selama ini dia jarang memuat naik gambar bersama suami adalah kerana ingin menjaga hati dan perasaan madunya.#%%....
...#%%“Saya dah anggap Datin Seri seperti kakak sendiri, jadi saya tak mahulah jika tersakitkan hati beliau. Memang benar, dah 22 tahun kahwin, tak pernah saya bawa Datuk Seri ke majlis-majlis hiburan sampaikan Datuk Seri tanya ‘malu ke nak bawa saya’?. Tapi saya jawab bukan malu tapi saya sedar saya berkongsi, jadi saya kena hormat Datin Seri.”“Tapi sekarang ini bila saya aktif berlakon, ada pula yang kata saya dah menjanda. Dan ada juga lelaki-lelaki yang tak tahu pasal kehidupan saya, nak cuba-cuba dengan saya seperti nak ajak keluar dan sebagainya.” “Sebab itulah sesekali saya akan letak gambar saya dan suami. Biar orang yang tak tahu akan tahu saya sudah bersuami, masih ada suami,masih isteri orang.” Tambahnya lagi, “Saya memang jenis yang tak suka tayang suami. Cukuplah orang tahu saya dah kahwin. Kalau tayang sangat nanti lama-lama ada pula yang menyampah. Yang penting, rumah tangga kami bahagia.”%##......
0 comments: