Didie Alias Terkejut Kek Yang Ditempah Bernilai Rm40 000. Apesal Mahal Sangat Tu? Untuk Insan Istimewa Ke?
$5%Dek kerana terpaksa memenuhi pelbagai permintaan yang ditetapkan Didie Alias untuk kek yang ditempah daripada Semanis Fondant, Chef Adu menetapkan nilai harga kek itu dengan jumlah RM40,000.#%
%#Menerusi episod 4 Semanis Fondant kali ini mereka perlu menyiapkan sebuah kek khas untuk menjayakan karpet merah Gegar Vaganza yang telah pun berlangsung pada bulan lalu.#%
Didie Alias wakil daripada program Gegar Vaganza yang menjadi hos red karpet pada malam itu ditugaskan untuk menempah kek tersebut daripada team Semanis Fondant.
Namun Didie Alias kelihat agak terkejut apabila Chef Adu dan Shalma memberitahu jumlah kos dan harga kek itu mencecah RM40,000.
Menurut Chef Adu tempahan kali ini agak rumit kerana pelbagai teknik perlu dimasukkan di dalam kek sebanyak enam tingkat itu.
Kek enam tingkat itu perlu dihasilkan dengan pelbagai dekorasi termasuk elemen Dato’ Vida selaku penaja program itu.
Selain memerlukan dekorasi yang penuh, kek 6 setinggi tingkat itu juga diminta untuk berputar 360 darjah di tengah-tengah red karpet pada malam gilang gemilang tersebut.
#$Namun terdapat sedikit insiden yang tidak dapat dielakkan iaitu kek yang dibakar Shalma telah pun hangus di dalam oven. Nampaknya usahanya untuk masuk ke dapur menghasilkan sebiji kek untuk mengurangkan kos tidak menjadi(#%
#%%Nak tahu apa yang berlaku lagi dalam Semanis Fondant episod kali ini? Saksikan program realiti masakan tersebut hari ini setiap hari Isnin jam 9.30 malam eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD#%
0 comments: